Profil organisasi & etnik Tobilung

Mengenai TOBISA

Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat etnik Tobilung — sub-kumpulan Kadazan-Dusun di Sabah — dalam usaha memelihara budaya, adat istiadat dan perpaduan komuniti.

ROS 86/88 Ditubuhkan 1986 NGO Bukan Kerajaan
Logo TOBISA

Profil Organisasi

Sejarah penubuhan, identiti rasmi dan peranan TOBISA dalam komuniti Tobilung.

TOBISA ditubuhkan pada 1986 atas ilham En. Timis Sambadi melalui mesyuarat penubuhan di Bangunan SK Menggaris, Kota Marudu. Pertubuhan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1988 (No. 86/88) dan dirasmikan pada 23 Jun 1991 oleh YAB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Dewan Serbaguna Pekan Kota Marudu.

Sejak 2002, era pentadbiran baharu di bawah Ir. Muji NC Ampau membawa penjenamaan semula PTBS → TOBISA dan pelbagai inisiatif kebudayaan termasuk Pesta Monguyas Torutip, Taska Warisan, Walai Tobilung dan penyertaan antarabangsa seperti Dance World Cup.

Identiti Rasmi

Nama penuh
Persatuan Tobilung Bersatu Sabah
Akronim
TOBISA (dulu PTBS)
Jenis
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
No. ROS
86/88 (1988)
Penubuhan
1986 · SK Menggaris, Kota Marudu
Pengasas
YBhg. En. Timis Sambadi
Cawangan (sejarah)
Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Kota Kinabalu
Keahlian awal
Lebih 4,520 ahli (rekod sejarah)

Visi

Mewujudkan bangsa yang bersatu padu serta harmoni dalam semua bidang, berteraskan tujuh (7) nilai etika Tobilung.

Misi

Memelihara serta memulihara budaya, adat-istiadat dan tradisi kaum Tobilung di Sabah dan Malaysia amnya.

4,520+

Ahli (rekod sejarah)

40+

Tahun berkhidmat

2

Daerah Fasa 1

20

Cawangan (sejarah)

Visi TOBISA berteraskan tujuh (7) nilai etika Tobilung sebagai asas perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Penubuhan & Perasmian

Peristiwa penting dalam sejarah TOBISA.

Penubuhan (1986)

Ditubuhkan atas ilham En. Timis Sambadi melalui mesyuarat penubuhan di Bangunan SK Menggaris, Kota Marudu.

Perasmian (1991)

  • Tarikh: 23 Jun 1991 (Ahad)
  • Tempat: Dewan Serbaguna Pekan Kota Marudu
  • Merasmikan: YAB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Mantan KM Sabah, Presiden KDCA)

Garis Masa

  1. Penubuhan di Kg. Menggaris; AMT penaja dilantik

  2. Pendaftaran ROS 86/88

  3. Perasmian oleh YAB Joseph Pairin Kitingan, Kota Marudu

  4. Era baharu & penjenamaan semula PTBS → TOBISA

  5. Pelancaran Pesta Monguyas Torutip sebagai identiti Kaamatan Tobilung

  6. Pingat emas Dance World Cup, Jerman

  7. Portal & sistem keahlian baharu

AMT Penaja (1986)

Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik semasa penubuhan pertubuhan.

Presiden

En. James Sigoh

Timbalan Presiden

En. Abar Gumpai

Naib Presiden 1

En. Jumin Turipon

Naib Presiden 2

En. Jasni Monungkod

Setiausaha Agung

En. Timis Sambadi

Penolong Setiausaha Agung

En. John Linsun

Bendahari Agung

En. Jaiping Minsu

AMT Penaja

En. Alixsia Lintuun, KK. Hintanau Katinggur, KK. Palalun Ganang, KK. Rumanggon Waditon, En. Damit Darimbung

AMT Lantikan

KK. Malawit Padsok, En. Jaafar Guntarak, En. Yonggitom Mangindai

Kejayaan Utama

Inisiatif dan pencapaian TOBISA dalam pemeliharaan warisan Tobilung.

  • ✓ Taska / Sikul Pianak-anakan Tobilung (Taska Warisan)
  • ✓ Kamus dwi-bahasa Tobilung
  • ✓ Buku Undang-Undang Adat & adat istiadat kaum Tobilung
  • ✓ Pesta Monguyas Torutip / Norutip (peringkat kampung, daerah & negeri)
  • ✓ Penyertaan Dance World Cup (Jerman 2017, Portugal) — pingat emas & gangsa
  • ✓ Walai Tobilung, Kampung Minansad, Kota Marudu
  • ✓ Taman Budaya Tobilung Minansad (~20 hektar)
  • ✓ Rumah Tobilung KDCA, Hongkod Koisaan (2024)

Etnik Tobilung

Profil etnik dan sejarah penempatan suku Tobilung di Sabah.

Tobilung adalah sub-kumpulan etnik Kadazan-Dusun yang terdapat di Sabah, Malaysia. Penempatan suku ini terletak di pertengahan antara Kota Belud dan Kota Marudu, serta di kawasan Kudat.

Terdapat kira-kira 51 etnik dalam rangkaian suku kaum Dusun dan Kadazan di Sabah; suku Tobilung merupakan salah satu etnik keluarga Kadazan-Dusun tersebut. Ratusan tahun lalu, suku Tobilung dipercayai menetap di Kampung Tatahan, Inanam, Kota Kinabalu. Ketika kampung dilanda wabak penyakit kusta, mereka berpindah ke tempat lain. Kini suku Tobilung menetap di beberapa kawasan daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

Antara tokoh suku Tobilung ialah mendiang Ampau Bin Bumbungan dari Kampung Dudar, Kota Belud — anak watan suku Tobilung yang pertama dilantik sebagai Native Chief (Ketua Anak Negeri) dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

Jejak Penghijrahan

  1. → Nunuk Ragang — asal-usul bersama Kadazan-Dusun
  2. → Kampung Tatahan, Inanam — penempatan awal; wabak kusta → berpindah
  3. → Kedamaian → Bongoliu (Pandasan, Kota Belud) → Bukit Rumun
  4. → Pecahan ke kampung utama: Toburon, Dudar, Sarang, Menggaris, Timbang, Minansad dan lain-lain

Kepimpinan TOBISA

Presiden semasa dan kepimpinan terdahulu.

Ir. Muji NC Ampau

Presiden Semasa

Ir. Muji NC Ampau

Presiden TOBISA

Presiden sejak 2003

Jurutera Daerah, JKR Sabah · Asal Kg. Timbang, Kota Belud · ASDK

BE(Hons) Mechanical Engineering, UPM · BE(Hons) Civil Engineering, UiTM

Presiden Terdahulu

GUN. James Sigoh

1987–2002

Presiden pertama TOBISA

Program Utama

Inisiatif kebudayaan, pendidikan dan komuniti TOBISA.

Pesta Monguyas Torutip

Perayaan tanda menuai masyarakat Tobilung — bergilir antara Kota Belud dan Kota Marudu. Merangkumi Randawi Lundu, Sugandoi, tarian Mongigol dan adat tradisi.

Taska Warisan

Taska/Sikul Pianak-anakan Tobilung di Kampung Toburon, Sarang, Dudar dan Timbang — mengajar kanak-kanak bahasa ibunda.

Walai Tobilung

Rumah kebudayaan di Kampung Minansad, Kota Marudu — tapak Kinabalu Geopark UNESCO. Artifak, rumah tradisional, tarian dan penginapan budaya.

Kebudayaan & Seni

Tarian Mongigol, muzik tradisional, kostum, penyertaan peringkat negeri & antarabangsa termasuk Dance World Cup.

Pendidikan & Penerbitan

Kamus dwi-bahasa Tobilung, buku adat istiadat, inventori budaya — usaha pendokumentasian warisan.

Keahlian & Komuniti

Pendaftaran ahli dengan pengesahan Ketua Kampung / JKKK dan Admin TOBISA — Fasa 1: kampung Kota Marudu & Kota Belud.