Berita Kampung Minansad, Kota Marudu

Pesta Monguyas Norutip Peringkat Negeri Sabah 2026

Anjuran TOBISA — 9 Ogos 2026 (Ahad), 8 pagi sehingga selesai di Dewan Terbuka, Kg. Minansad, Kota Marudu. Perasmi: YBhg. Tumpu Muji NC Ampau. Pengerusi Penganjur: YBhg. Woyoon Jaiping Minsu.

Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) dengan sukacitanya mengumumkan Pesta Monguyas Norutip Peringkat Negeri Sabah 2026.

Pesta Monguyas Norutip (Norurip) merupakan perayaan tanda menuai masyarakat Tobilung — identiti Kaamatan Tobilung yang bergilir antara daerah Kota Belud dan Kota Marudu. Acara merangkumi Pertandingan Randawi Lundu, Sugandoi, tarian Mongigol dan pelbagai adat tradisi.

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad). Masa: 8 pagi sehingga selesai. Tempat: Dewan Terbuka, Kampung Minansad, Kota Marudu.

Perasmi: YBhg. Tumpu Muji NC Ampau, Presiden TOBISA.

Pengerusi Penganjur: YBhg. Woyoon Jaiping Minsu, Timbalan Presiden TOBISA.

Jemputan dihantar kepada ahli-ahli TOBISA dan masyarakat umum untuk hadir memeriahkan acara kebudayaan Tobilung peringkat negeri ini.

Sumber: TOBISA · Asal: Pautan asal